Program Bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Machan (Program Warga Emas)

13 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

12 Ogos 2023( Sabtu)- Klinik Kesihatan Machan telah menjemput PEDi Machan bagi memeriahkan Program Bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan (Warga Emas). Program ini julung kali dibuat untuk Warga Emas bagi membantu mereka dalam pentingnya menjaga kesihatan di usia senja.

Antara Aktiviti & program yang disediakan adalah saringan kesihatan, senamrobik, sukaneka, derma darah dan pap smear.

PEDi berperanan dalam membantu warga emas mendapat platform yang betul dalam mendapatkan maklumat secara digital. Sebagai contoh, permohonan secara digital “Kenyalang gold” untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

Di akhir program, Turut diselitkan tentang serba sedikit taklimat mengenai klik dengan bijak mengenai “Jenayah Siber”. Hal ini demikian, jenayah siber semakin berleluasa dan warga emas merupakan golongan yang banyak menjadi mangsa terutamanya dalam menjadi mangsa scammer penyelewengan duit.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali